-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130322

Harimau Nan Salapan - pemimpin perang paderi

"Harimau Nan Salapan" adalah pemimpin perang paderi. Mereka ini terdiri dari:
-Tuanku Imam Bonjol,
-Tuanku Nan Renceh,
-Tuanku Pasaman,
-Tuanku Tambusai,
-Tuanku Rao,
-Tuanku Lintau,
-Tuanku Mansiangan,
-Tuanku Pandai Sikek
-Tuanku Barumun

Mereka juga dikenali sebagai
-Tuanku di Kubu Sanang,
-Tuanku di Ladang Lawas,
-Tuanku di Padang Luar,
-Tuanku di Galung,
-Tuanku di Koto Ambalan, dan
-Tuanku di Lubuk Aur
-Tuanku di Lintau
-Tuanku Muda di Alahan Panjang

Kaum Padri ini pula berasal dari kaum agama. Fahaman berasal dari dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab di Arab Saudi. Dakwah Salaf ini dibawa ke Nusantara oleh tiga orang haji yang balik dari Mekkah iaitu:
-Haji Miskin dari Luhak Agam,
-Haji Abdur Rahman dari Piobang bahagian dari Luhak Limah Puluh Kota
-Haji Muhammad Arief dari Sumanik, Batusangkar.

"Harimau Nan Salapan" ini telah meminta Raja Paga Ruyung iaitu Sultan Arifin Muningsyah (Kaum Adat) meninggalkan kebiasaan yang bertentangan dengan syariat Islam.

Namun perundingan menemui jalan buntu. Mereka terus berketetapan bahawa:
- Jalur keturunan mesti berasal dari jalur perempuan (ibu) dan
- Hak waris terhadap harta pusaka jatuh pada perempuan
- Kaum lelaki berperanan sebagai pengurus/pengelola harta tersebut. Tidak boleh menjadi pemilik harta pusaka.

Raja Paga Ruyung dan Kaum Adat mahu pihak luar ( "Harimau Nan Salapan" ) menghormati keunikan masyarakat mengamalkan syariat Islam.

Pandek ceritanya, alasan tersebut tidak menghilangkan tanggungjawab membetulkan amalan syariat Islam yang terpesong. Akhirnya "Harimau Nan Salapan" memulakan serangan ke Kerajaan Paga Ruyung.

Raja dan Kaum Adat dikatakan terdesak hingga meminta bantuan pada Hindia Belanda. Pada 21hb Februari 1821 kaum adat yang dipimpin Sultan Tangkal telah meminta bantuan Belanda. Sehingga pada 4hb Mac 1822 tentera Belanda pimpinan Leftenan Kolonel Raff telah berhasil memaksa Pejuang Paderi keluar dari Paga Ruyung.

Maka terjadilah perang besar berterusan antara Kaum Padri melawan Kaum Adat dengan sokongan Belanda. Tentangan hebat Pejuang Paderi menyebabkan tentera Belanda mahu berdamai dengan melakukan “Perjanjian Masang” pada 15hb November 1825.

Bermula pada tahun 1833 telah timbul kesedaran antara dua puai Islam yang bersaudara ini. Akhirnya muncul kerjasama dan tolak ansur antara kaum adat dan kaum agama setelah 'terbabas' selama 20 tahun.

Namun kemaran tentera Belanda yang asalnya membela Kaum Adat tidak dapat tidak boleh dihalang oleh Kaum Agama dan Kaum Adat. Pada 10hb September 1834 Belanda melakukan serangan ke kubu kuat Tuanku Imam Bonjol. Pada 10 Ogos 1837 Tuanku Imam Bonjol meminta perundingan damai. Belanda yang telah nampak jalan kemenangan telah menolok perdamai tersebut.

Akhirnya benteng Tuanku Imam Bonjol runtuh pada 0ktober 1837. Tuanku Imam Bonjol telah ditangkap dan dibuang daerah.

Ada yang menganggap Perang Padri(1803-1838) adalah dua perang yang berbeza tetapi berlaku serentak:
1. Perang antara Kaum Padri/Agama melawan Kaum Adat dan
2. Perang antara Kaum Padri/Agama bersama Kaum Adat melawan Belanda.
.........
Apakah tugas kita setelah mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah?

Rujuk:
keris-panjang-dato-undang-nan-empat

No comments: