KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20150828

Siapakah Imam Perang Gendut?

Imam perang Gendut. Siapakah beliau.?
Post  Pahlawan Hilir on Fri Dec 07, 2012 3:20 am

Puteri, masuk Endau. Maka raja pun bersiaplah, memanggil segala orang besar-besar menyuruh mengambil, bawa balik ke Pahang. Maka disabdakanlah kepada
Imam Perang Raja Encik Gendut dan
Datuk Syahbandar
pergi dengan angkatan kesiapan serta dengan surat‹nya›. Sampai ke Endau, mengadap datuk yang tersebut itu; dijunjungkan surat dengan sabda. Disambutnya

ALKISAH ‹tersebut› cetera ‹yang ke›dua puluh satu, angkatan Raja di sebelah hilir mudik mengambil Pulau Pelak, ‹membuat kubu kiri kanan di atas pulau.
Imam Perang Encik Gendut ‹dan›
Encik Wan Ahmad Teluk Belanga,
Encik Hamid Batu Pahat
serta dengan sekalian orangnya.

‹Encik Wan Ahmad itu sangat berani, anak raja-raja, elok parasnya dan halus ......

Raja pun terimalah dengan ikhlasnya. Baliklah sekalian mereka itu di kampung halaman yang telah sudah; kasih oleh raja terlebih kepada lama. Demikian juga lama Perang Encik Gendut. Di dalam antara itu, dapatlah khabar
Encik Engku Ngah dan
Engku Cik;
laki-laki, perempuan; balik dari Tanjung Puteri, masuk Endau. Maka raja pun bersiaplah, memanggil .....

pun cacat barang seorang yang mengamuk. Orang-orang kubu hendak balik masuk kubu.

Datuk Syahbandar,
Encik Lambak Benta,
Tok Muda Andak,
Panglima Kiri Buruk,
Imam Perang,
Encik Gendut,
Encik Embok,
Tok Muda Yahya
sekaliannya dekat dengan kubu. Orang yang di dalam kubu pun menembak; habis lari lintang-pukang. Enam, tujuh hari tiada berjumpa dengan rezeki. .

melepaskan orang‹-orang›nya mudik menindih Temerloh.
Panglima Dalam,
Panglima Besar,
Panglima Perang Kanan,
Panglima Kiri Buruk dan lain-lain hulubalang;
Encik Bulang,
Pahlawan Gendut,
Mat Petah, terdahulu mudik masuk di dalam rumah Tok Kaya Temerloh. Ini orang yang tersebut masyhurlah beraninya. Tok Kaya Temerloh, Wan Daud Busu Dolah, Imam Perang Rasu, ..

tempat, baharulah hilir mengadap Sultan dan janganlah datuk dengar apa-apa fitnah orang." Kemudian Imam Perang Indera Gajah Pahang pun balik hilir bersama-sama anak Pahlawan Gendut. Syahadan bila sampai, Engku Muda berjumpa Tuan Gabenor di Singapura, lalulah bermuafakat, "Jangan Engku Muda buat gaduh, saya boleh tolong minta Sultan Pahang memberi ......

sumber:
http://tokgajahfanatic.forumotion.com/t1724-imam-perang-gendut-siapakah-beliau

1 comment:

Anonymous said...

inshaallah.kami dan mereka,

untuk mencari siapa mereka itu, yang pertama nya cari siapa diri kita, selaepas itu cari siapa ayah kita dan selepas itu cari siapa ibu kita dan selepas itu cari siapa datuk,nenek dan moyang-moyang kita mengikut susur adat dan mengikut susur fekah. dan kemudianya barulah dapat mencari siapa mereka itu yang tuan-tuan cari.


moga-moga berjaya dalam pencarian tuan -tuan.