-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190903

Moyang Banar 4 Beradik

Assalamualaikum,

aruah encik saya pernah bercerita bahawa beliau berasal dari Pagar Ruyung. 4 orang adik beradik dari sana lari ke Tanah Melayu.

Moyang saya bernama Banar.
Beliau adalah anak kepada salah seorang yang melarikan diri tersebut.

Tetapi saya tidak tahu nama sebenar,
mungkin sudah ditukar kpd nama orang biasa bila berada di sini.

Aruah moyang saya ini diceritakan oleh aruah encik sebagai seorg yg mempunyai daulat. Beliau seorg yg sangat gagah dan dihormati.

Ayah kepada encik saya bernama Mohd Nor iatu datuk kpd saya.

Moyang saya Banar berkahwin dgn Yang Esoh dan mndpt 6 org ank.
Mereka ialah
- Tok Long Nerimah,
- Mohd Nor iatu datuk saya,
- Mohamad,
- Munah,
- Tam Bakar dan
- Chik.

Semasa aruah encik masih hidup ada seorang yg bernama Tengku Puji mengajak encik saya ke Pagar Ruyung untuk mencari susur galur keturunannya. Tengku Puji dpt merasakan encik saya ada pertalian darah dengannya tapi encik saya menolak.

Saya mendapat tahu tentang ini pun setelah dia sakit. Encik saya tidah prnh bercerita asalnya dari mana sebelum ini. Dia bercerita sedikit saja, aruah mahu kami adik beradik tahu bahawa nenek moyang kami dari sana.

Saya pernah diberitahu oleh seorang pakcik tua bahawa saya ini berdarah bangsawan. Saya memang terkejut dan saya menidakkan apa yg dikatakan. Tapi, setelah mndgr apa yg diberitahu oleh aruah encik saya, mngkn ada benarnya.
Mngkin ada yg boleh mmbntu disini dlm saya mncari susur galur saya seperti yg diceritakan oleh aruah encik saya.

Wallahuallam..

Oleh: Tak Ada nama
Tarikh: on 8/19/19
Sumber: salasilah-keturunan-raja-alam-pagaruyung

Assalamualaikum..

saya ingin mencari adik beradiK kepada moyang saya,
BANAR dan isterinya bernama YANG ESOH.

Di beritahu oleh Aruah encik saya,
keturunannya dari Pagar Ruyung.

Saya juga selalu mendengar aruah mak saya menyebut nama Mat Seh.

Aruah mak saya ank kepada Mohamad.
Kakak saya prnh menceritakan, rumah aruah toki Mohamad ni ibarat dlm cerita bangsawan lama. Semua perkakas dari tembaga. Lembing bersilang didinding. Aruah toki sebelah mak saya ni banyak memelihara kerbau.

Klau x silap gelaran dia pak teh mamat @ ayh teh mamat.
Toki saya ni mmg org Chenor.

Semoga ada yg dpt membantu.

Oleh: Tak ada nama
Tarikh: on 8/19/19
Sumber: rawa-di-pahang

3 comments:

Anonymous said...

salam;

dalam sejarah adat,tiada tercatat, orang yang lari dari pagar ruyung,dan yang lari dari minangkabau dan dari jambi,dan dari acheh,dan dari kampar,dan dari riau.itu memang ada,dari pagar ruyung tak ada.maaf.

tengku puji raub tu waris minangkabau.dan cerita empat beradik tu,siasatlah semula.tak berapa nak betul maklumat yang tuan ada tu,tak lengkap.

Tunku Edward said...

Salam, moyang saya bernama Mat Seh Bin Haji Ahmad. Keturunan kami dari Pagaruyung. Ayah moyang saya insan yang membuka Maran dan anak moyang saya pula membuka Kampung Berkat.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. macam mana nak berhubung dengan kerabat tok gajah.. saya dari jalur isteri tok gajah sebelah Terengganu.