INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130402

PAGAR RUYUNG YANG TERPECAH Dari istana tujuh lapis

MINANGKABAU(adat)

Diatas kemenangan mereka (kaum adat) telah diserahkan kuasa amanah mentadbir pagar ruyung@istana tujuh lapis dan menukar namanya dari pagar ruyung kepada tanah adat minangkabau. JAMBI(agama)

Sebahagian dari mereka(Kaum agama) telah meninggalkan istana mengikut pada perjanjian perlawanan yang telah diadakan dan mereka membangunkan semula jambi (satu negeri kecil diluar tanah adat yang dimenangi oleh orang adat),tetapi sebahagin dari mereka terus meninggalkan tanah sumatra dan berhijrah ke tanah melayu.

Sehingga cerita ini dipaparkan, tiada lagi riak-riak dari kedua belah pihak pemegang amanah minangkabau dan jambi yang duduk semeja dan bermuafakat untuk menyelesaikan krisis yang berpanjangan ini. Kedua-dua pihak masih menyuruk dibelakang jari telunjuk. Dan wakil-wakil mereka telah banyak mengsia-siakan masa dan dana tanpa tujuan.
Ditanah melayu pula, perbalahan dibalik tabir dan sangsi diantara satu dengan lain masih pekat dalam sanubari ahli waris, tidak kira waris ahli bait dan juga ahli waris nusatara. Di sebab mereka-mereka ini tidak mengenal akan diri sendiri dan juga diri waris-warisnya dan mereka dengan ego dalam diri yang tidak mahu diketepikan.

Akuan diri sebagai orang islam, al-quran dan al hadis sebagai pedoman, hanya pada gigi sahaja kerana gigi mereka putih-putih belaka, dan dilihat pada lidahnya, masih melentok-lentok.

4 comments:

Adiratna Jagat said...

Assalamualaikum...mohon kemaafan hamba ingin mencelah di sini... hamba ini hanyalah waris dari waris susurgalur pahang (Lipis)... mohon kiranya andai..ada tuan, kekanda, adinda, nenda yang benar memegang akan amanah..maka usahlah berselidung lagi...bimbinglah kami generasi baharu waris ...yang kian lama semakin hanyut tiada tahu punca dan arah akan tujuan akan ... hidup dan dijadikan di bumi Al-Haq ini...

sudah tiba masanya kita semua memulih kembali persaudaraan...lupakan segala sengketa dan perbalahan..serta perselisihan dan salah sangka..

jika saudara,tuan, kekanda, adinda dan nenda mempunyai akan ilmu pengetahun mengapa tidak membimbing kami..dari terus hanyut dibawa arus hingga tidak tahu ke mana hala dan tuju...mohon maaf jika bicara mengguris hati dan jiwa waris semua...

lp said...

Kepada Adiratna Jagat

Terima kasih kerana tuan berani berterus terang.

Kepada yang benar memegang akan amanah..

bimbinglah kami generasi baharu waris ...yang kian lama semakin hanyut tiada tahu punca dan arah akan tujuan akan ... hidup dan dijadikan di bumi Al-Haq ini

Kepada semua pembaca

sudah tiba masanya kita semua memulih kembali persaudaraan...lupakan segala sengketa dan perbalahan..serta perselisihan dan salah sangka..

lp said...

Selepas bincang dan persetujuan ayah long...dibuka Majlis Timbangtara.

dimulakan dan dibuka keatas seluruh pemegang amanah, petugas dan pelapis ... dengan izin, Rahmat, Rahim Allah ... Inshaallah.

Adiratna Jagat said...

Alhamdulillah...semoga usaha Tuan LP dan sahabat,saudara, waris-waris akan mendapat rahmat dari Allah..

Semoga Allah akan memudahkan segala urusan atas niat murni tuan-tuan, waris-waris semua..

Sememangnya kami waris-waris yang biasa ini amat menantikan perkabaran berita berkaitan perkara ini..

Semoga akan segala ilmu pengetahuan, dari amanah dapat dimanfaatkan semasa hayat ini bagi kesejahteraan di kehidupan abadi nanti.. in sha allah..amin..