Salam kepada semua waris Pagaruyung…Seronok sekali saya membaca cerita anda semua.Memang benar, kebanyakan keturunan yang ada di Malaysia sekarang ni berasal dari Tanah Sumatera dan Tanah Jawa yang kebanyakannya merupakan putera raja yang melarikan diri daripada diburu oleh musuh/penjajah.
Saya juga tak terkecuali dan sehingga kini masih lagi tercari-cari akan salasilah keturunan sebelah ayah saya yang dikhabarkan berasal dari Pagaruyung.
Moyang saya merupakan seorang pemerintah yang dijemput untuk menjadi Yamtuan ke-4 di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu dan sesampainya baginda di Malaysia, ada perkhabaran mengatakan bahawa perlantikan telah berlaku.Kecewa dengan berita itu, moyang saya membawa diri ke Ampangan,Negeri Sembilan tinggal sehingga ke akhir hayatnya dan dimakamkan di sana.Malahan almarhum baginda juga merupakan orang yang pertama membuka kawasan penempatan di Ampangan tersebut.
Beberapa tahun lepas, saya mendapat maklumat bahawa nama almarhum moyang saya ada persamaan dengan nama gelaran yang diberi oleh penduduk di Rembau Negeri Sembilan iaitu Raja Embong.Tetapi seluruh kaum keluarga saya mengenali almarhum dengan nama Tengku Embong.
Memandangkan almarhum tidak dapat menaiki takhta, maka satu upacara dinamakan ‘Tutup payung kuning’ diadakan bagi menandakan tamatnya perlantikan pada waktu tersebut.
Makam moyang saya terletak di Sikamat, Seremban dan sebelum ini makam almarhum baginda terletak di seberang jalan bertentangan dengan Masjid Dato Kelana Petra Sendeng di Ampangan, Bukan itu sahaja, malah makam-makam kepunyaan keluarga almarhum (ada 4 buah makam) turut diletakkan di dalam kawasan masjid Dato Kelana Petra Sendeng, Ampangan. Negeri Sembilan.Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah memindahkan makam almarhum kira-kira 20 tahun lepas ke Sikamat, Seremban.
Beberapa barang persendirian seperti pending/tali pinggang diraja,keronsang milik almarhumah bonda Tengku Embong masih disimpan rapi oleh ibu saudara saya.
Almarhum baginda dikatakan mempunyai 5 orang adik beradik lelaki kesemuanya dan saya masih lagi mencari akan salasilah yang terputus ini.Tetapi semua usaha saya menemui jalan buntu.Tidak pasti di mana harus saya mulakan pencarian ini.
Lama dahulu (Dalam tahun 60 an) sewaktu arwah atuk saya masih hidup, ayahanda kepada Tuanku Muhriz , Almarhum Tuanku Munawir ada datang beberapa kali hendak berjumpa dengan arwah datuk saya bertanyakan perihal makam Tengku Embong ni. Khabarnya hendak di makamkan dalam kawasan pemakaman diraja istana tetapi ianya disambut dingin oleh arwah datuk saya.Apa sebabnya, saya pun kurang pasti.Sehingga kini pencarian salasilah saya terhenti disebabkan tidak tahu di mana harus saya mulakan pencarian.
Dulu pakcik saya ada pergi melawat ke Istana Lama Seri Menanti dan nama almarhum moyang saya memang tertera di salasilah tersebut.Tetapi tak lama kemudian salasilah itu ditukar dengan yang baru dan saya tak dapat nak jejak nama moyang almarhum sebelumnya.
Disebabkan almarhum moyang saya tidak dilantik menjadi pemerintah, maka almarhum melarang semua keturunannya memakai gelaran Tengku/Raja kerana pada pendapatnya mungkin gelaran ini hanya boleh digunakan oleh pemerintah sahaja.
Maka, gelaran Raja/Tengku telah dibuang dalam keluarga kami.
Ada satu lagi pantang larang di mana kami tidak boleh makan 3 jenis makanan iaitu:
1) Ikan talang
2) Kerbau balau
3) Pisang raja udang
Setakat inilah sahaja maklumat yang boleh saya kongsikan di sini.
InsyaAllah jika panjang umur dapatlah kita bersua kembali.
Tujuan saya cuma satu, ingin merapatkan ukhwah sesama muslim dan dapat kenal mengenali di antara satu keturunan dengan yang lain.Sememangnya Islam itu bersaudara dan saya ingin merapatkan kembali jurang yang terpisah di antara kita.
Jadi jika di antara saudara/saudari yang mempunyai persamaan , diharap dapat menghubungi saya supaya dapat merungkai persoalan yang lama bersarang dalam diri saya ini.
Wassalam.
oleh
MiraMarlena
9 comments:
adakah 'dia' yang menyelamatkan empangan dari pecah, kemudian ghaib?
saya juga mencari salasilah raja embong
Salam,
Kebetulan cerita pasal raja embong, ni raja embong yang berkahwin dgn panglima hitam ke?, sbb slsilah keluarga saya dikatakan berasal dari raja embong dan panhljma hjtam
salam, tuanpuan.
[maaf,kami baru berjumpa dan terlepas pandang dari soalan tuanpuan].
raja embong @ tengku embong:
dia adalah orang yang sama yang disebut dengan gelaran tengku labuh @raja labuh[dalam kumpulan pupu empat puluh @ orang empat puluh dari pagar ruyung].
gelaran raja@engku tengku embong itu digunakan di ampangan. dan gelarannya apabila keluar dari negeri sembilan adalah tengku labuh[dipahang] dan dikelantan[gelaran lain pula].
isteri pertamanya yang menetap di ampangan,dan di kelantan dia berbini lain pula[tiga orang lagi].
dan kenapa masih lagi memegang sumpah yang mengelirukan itu lagi,sedangkan nabi muhammad saw sendiri telah ditegur oleh allah dalam bab seperti itu.[mengharamkan yang dihalalkan oleh allah,dalam bab madu lebah].
cerita lain berkenaannya ,maaf kami tidak akan siarkan dalam laman ini.
Adakah raja embung di Kelantan bergelar tok gajah? Sye b'tnye shj
Ketiga2 pantang larang ni sama dgn keturunan keluarga saya... Ada kait mengait dengan keturunan raja...
Arwah abah saya selaku mengingatkan kami ttg pantang larang ni
Pantang larang pisang merah n kerbau malau sama seperti sebelah kami. Cuma ikan talang belum dengar lagi ..
Betullah bapa saya pernah pesan kepada anak2 nya kami jangan sekali2 makan PISANG RAJA UDANG, KERBAU BALAO DAN IKAN TALANG. Bila di tanya kenapa bapa hanya kata pantang keturunannya makan jika makan juga kami akan dapat sakit kulit...Saya hanya di beritahu emak saya bahawa emak kepada ayah saya pernah menjaga istana pahang juga bapa saudara bapa saya menjadi panglima di istana pahang pada zaman mereka...Banyak rahsia yang bapa dan nenek simpan sehingga akhir hayat mereka...Nama nenek saya Mahrom Binti Anta (nama yang kami tahu.)
Post a Comment