KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20160714

MASIHKAH ADA BENCI DI HATI KITA oleh lamanpahang

Arwah Jamaludin b Hussin atau Jamaludin b Lijah telah meninggalkan dunia yang kita kongsi ini pada 13.7.2016 jam 11.00 pagi di Felda Lepar Hilir 1. Arwah pergi membawa bekal yang sempat dikumpul. Tetapi kita masih mempunyai ruang untuk memohon ampun dan mengumpul bekalan untuk kegunaan akhirat.

Walaupun telah berdepan dengan banyak kematian. Mungkin juga ada antara kita yang banyak kali menyaksikan jenazah dimasukkan dalam liang lahad. Harap dengan izin Allah SWT ada antara kita yang dapat hidayah dari Allah SWT untuk berubah.

Mungkin ada yang tidak mampu untuk berubah. Kadang-kadang menuntuk makanan yang sedap-sedap. Kadang-kadang impikan harta yang melimpah ruah. Kadang-kadang mahu dihormati dan disanjung oleh manusia. Kadang-kadang mempunyai rasa benci dan dendam yang amat sangat terhadap 'orang Islam'. Kadang-kadang meluap-luap rasa mahu memukul atau membunuh 'orang Islam'. Kadang-kadang mendoakan keburukan untuk 'orang Islam'. Kadang-kadang tidak terhitung keburukan yang ada dalam diri kita untuk dijadikan bekalan akhirat.
 01.Bunga melur bunga melati
Tumbuh di samping pohon angsana
Sesiapa yang hidup pastikan mati
Bila suratan ajal tiba
 02.Bunga rampai bercabang dua
Dibawa bersama sejemput kecambah
Sahabat karib kini tiada
Telah terkubur dikandung tanah
 03.Bunga kamboja batangnya subur
Daunnya gugur dikala petang
Selalu kuhantar jenazah ke kubur
Entahlah esok giliranku datang
 04.Bunga dahlia indah memikat
Membuat hati puteri tertawan
Kain kafan digunting diikat
Ternyata sudah engkau kenakan
 05.Bunga teratai di atas air
Tumbuh di antara bunga kiambang
Ketika ajal datang menggilir
Pangkat jabatan semua menghilang
 06.Bila memetik mawar berduri
Jika tersilap tangan terluka
Tinggal jenazah seorang diri
Di dalam liang gelap gulita
 07.Bunga anggrek aneka warna
Bergoyang diinjak si anak burung
Bila ada iman dan taqwa
Alamat mayat akan beruntung

Sumber : salamdakwah.com (tiada yang abadi dan pantun kematian)
 08.Datang halim dari yang hulu
mengantarkan kalimah bertalu-talu
tiade jawapan orangnya itu
bibir pun berat lidah pun kelu
 09.keluar dengan air mata
buat meumbuk sekalian rata
sehingge habis sekalian rata
di selamkan mayat tujuh puluh hasta
 10.mayat terselam beberapa kali
tiadalah nungkar nangkir peduli
tanyak dan palu tiadk henti
 11.nungkar dan nangkir dinamakan orang
kuat palunya bukan sembarang
lebihnya pada pahlawan perang
yang membunyikan suara genderang
 12.nungkar nangkir setia berkhidmat
guruh dan guntur seperti kiamat
tulang dan sendi luluh dan lumat
tidaklah kita merasa nikmat
 13.tuntutkan ilmu tiada hingga
ialah jalan ke negeri syurga
jalan yang lain tiada di duga
barang kali masuk ke nyawe raga

 sumber: yusninahkoda.wordpress.com
 14.Janur dirajut menjadi ketupat
enak dimakan bersama rendang
amal yang baik tentulah teringat
budi yang baik pastilah dikenang
 15.tikar buruk dari pandan
disulam orang aneka ragam
jika hidup berbaik perbuatan
kelak mati surga diidam-idam
 16.Bila bias cahaya diufuk barat
maka matahari muncul ditimuri
jika hidup mahu bermanfaat
maka banyak-banyaklah bersyukur
 17.Orang gila lupa akan namanya
org tertawa lupa berhentinya
mencari rezeki lupa sedekahnya
itulah manusia yang durhaka
 sumber:pantunseribu.blogspot.my
18. MASIHKAH ADA BENCI DI HATI KITA
oleh lamanpahang

Sebelum sampai disini, 
adakah kita masih memikirkan 
benci kita pada manusia
dendam kita pada manusia

adakah kita tidak terfikir
benci Allah pada kita
dendam Allah pada kita

Bolehkah Allah Maha Besar
menjadi kita maha besar

Sebelum sampai disini
adakah kita masih memikirkan
sukanya kita pada harta
gembiranya kita pada pangkat

adakah kita tidak terfikir
sukanya Allah pada 'harta'
gembiranya Allah pada 'pangkat'

Bukankah Allah Maha Mengenali Kita
menjadikan kita mengenal diri kita
supaya kita mengenal Allah.

Tak Semak Dengan DPMP Ke?

Saya telah menulis 
sejak tahun 1975 
dalam majalah dan akhbar 
dan menjadi ahli DPMP Temerloh.
 
Macam mana tak ada nama
 tak semak dengan DPMP ke? 
 

 on 7/13/16

20160711

BONUS TAHUN BARU: Program Tiket Kemenangan Telekom Malaysia

Date:      Mon, 11 Jul 2016 01:14:25 +0800 [01:14 am MYT]
From:      Telekom Malaysia Berhad Taiwan
To:      undisclosed-recipients:;
Reply-To:  tm.bhd.kkl@outlook.my
Subject:      TM Bonus

Telekom Malaysia Berhad
Level 51, North Wing, Menara TM,
Jalan Pantai Baru, 50672,
Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur,
Malaysia.

BONUS TAHUN BARU.

Pihak Telekom Malaysia @Program Kemenangan yang telah diadakan pada 30 jun
2016 di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan
nombor 2 - 4 - 16 - 37 - 89 - 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah
memenangi loteri kategori hadiah kedua khas keluarga Telekom Malaysia. Untuk
menuntut hadiah kemenangan ini anda dikehendaki menghubungi melalui e mail
Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan pembayaran hadiah wang tunai
kepada anda.

Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat
di Kuala Lumpur sejumlah Rm 270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh
Puloh Ribu) telah dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad
kepada anda dan keluarga anda sempena sambutsn 2016 ini.

Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional
sebagai pakej istimewa Telekom 2016 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini
adalah 100% sah dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali
dalam masa lima tahun.

Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :

EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail:tm.bhd.kkl@outlook.my

Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat
berikut :
1). Nama Penuh
2). Umur
3). Pekerjaan
4). Telefon
5). Negeri / Bandar

Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad 2016 ini
adalah diberikan khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah
membuat tunttan ini sebelum 30 julai 2016.

Terima kasih.

Pn.Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat Telekom Malaysia

20160710

Pameran Keris Sempena Memutus Bangsal Sendeng Sanggang Mac 2016 (Q)

Program:  Majlis Memutus Bangsal Sendeng
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam.
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.

Tun Sinar Putih Hitam @ Malim Hitam

Assalamualaikum.

Saya daripada kuturunan
Tun Sinar Putih Hitam @ Malim Hitam.
Kubur Tun Sinar Putih Hitam
ada di Kampung saya.

Arwah moyang saya
Imam Kasim
adalah anak kepada
Tun Sinar Putih hitam.

Siapa yang ada maklumat
berkenaan salasilah keturanan ini,
boleh berkongsi maklumat
dengan saya.

facebook : Juliana Lily Email: julianalily26@yahoo.com

on Pembesar Pahang yang asal dan pada masa Sultan Ahmad 1
by Juliana Lily
on 7/9/16

Siapakah Jua Bin Jelanun

Boleh tahu ?
Ada sesiapa tahu
tentang
Jua Bin Jelanun?

on Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung
by Anonymous (tak ada nama)
on 7/10/16

20160708

Empat Bilah Keris Tamingsari

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...

keris bernama tamingsari...

keris ini ada empat bilah.dibelakang tamingsari masih ada sambungan namanya. kesemuanya ada di malaysia.

keris tamingsari kepunyaan hulubalang tua jawa@tamingsari).

keris tamingsari kepunyaan hang tuah. dan dua bilah lagi kepunyaan dua orang lain.

bukan keris itu yang sepatutnya di fikirkan (dan bukan untuk didebatkan) sebaliknya maksud kepada tamingsari itu sendirilah yang dicari kilaf@kiasnya.

Anonymous
on 3/15/15

20160707

Sedekah duti raya: dari Raja kepada Rakyat

Ini adalah suasana sekita Masjid Negeri Kuantan selepas solat Hari Raya Aidilfitri.

 01.Ampun Tuanku,
Daulat Tuanku,
 02.Sembah patik harap diampun.
Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan,
 03.‘Karya karangan patik untuk tatapan
rakyat Malaysia tercinta.
 04.Karya dikarang untuk tatapan
 istimewa semua Raja dan rakyat;
Semua Raja sentiasa di hati rakyat,
 05.Memerintah adil dan saksama 
demi rakyat,
Ampun Tuanku! 
Daulat Tuanku! 
Tuanku sentiasa di hati rakyat.
 06.Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Baginda bertitah rakyat dengari;
 07.Semua jemputan baginda hadiri,
Asalkan rakyat rasa dihargai.
 08.Tuanku selalu mencemar Duli,
Menziarahi rakyat bantuan diberi;
 09.Rakyat gembira tiada terperi,
Kebaikan baginda lekat di hati.
 10.Raja dan rakyat berpisah tiada,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
 11.Rakyat mengangkat Institusi Diraja,
Raja dan rakyat rasa bahagia.
 12.Semua Raja selalu menyeru,
Inginkan rakyat bersatu padu;
 13.Buat keputusan tidak terburu,
Asalkan rakyat terus maju.
 14. Tuanku percaya rancangan kerajaan,
Mampu dinikmati segenap lapisan;
 15.Rakyat bersatu dalam perpaduan,
Negara makmur dalam kemajuan.
 16.Raja dan rakyat amat rapat,
Ke mana pergi rakyat diingat;
 17.Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
Tuanku datang disambut hormat.
 18.Istana Baginda tersergam indah,
Apabila bertitah penuh bermadah;
 19.Kuasa yang tinggi tiada diendah,
Bersama rakyat tetap merendah.
 20.Bersemayam baginda dalam istana,
Rakyat diundang pergi ke sana;
 21.Raja kami yang bijaksana,
Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
 22.Masalah rakyat sama dikongsi,
Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
 23.Ikatan terus jadi serasi,
Tercipta nostalgia untuk generasi.
 24.Sukacita Tuanku negara maju,
Pemerintahan Tuanku terus dipacu;
 25.Warkah dihantar Tuanku dituju,
Mendoakan Tuanku terus di mercu.
 26.Putera kesayangan ayahanda dan bonda,
Cemerlang negara amat sukacita;
 27.Raja dan rakyat berpisah tiada,
Bijaksana memerintah negara tercinta.
 28.Sejarah Kesultanan patut dihayati,
Dipelajari oleh generasi terkini;
 29.Personaliti Raja amat dikagumi,
Ke mana pergi tetap dihormati.
30.Ampun Tuanku.
Sembah patik harap diampun.
Akhir bicara patik doakan moga Tuanku sekeluarga
dirahmati Allah di dunia jua di akhirat.
Amin Ya Rabbal A' Lamin.

karya 
Karya Rha NS
25 Disember 2011


20160706

Sedekah duit raya dari rakyat kepada rakyat.

Ini adalah suasana selepas solat Hari Raya Aidil Fitri di Masjid Negeri Kuantan Pahang. Sebelum solat lagi telah ramai rakyat Malaysai dan bukan Malaysia berkumpul dihadapan masjid bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan bukan Malaysia bersedekah.
 01. Selesaikan  masalah  jangan sambil marah
hadapi semuanya dengan ringan hati.
Tak kan habis  harta karena sedekah
nanti  tuhan beri lebih banyak lagi.
sumber pantun: dyhary.wordpress.com
 02. Anak Itik Masuk Ke Rumah ,
Di Tangkap Oleh Adik Munirah ,
Allah Sayang Pemberi Sedekah,
Panjang Umur Rezeki Murah,
 03. Bunga merekah batu berbongkah
Rajin sedekah hidup pun berkah
 04. Buah kelapa selonggok ada lima
Bahagiakan jiwa rajinlah berderma
 05.Nasi basi sudah berlendir
Jangan kikir macam pak pandir
 06. Sepasang selipar hanyut dalam parit
Orang pelit hidupnya sulit
rujukan pantun: sastrawan.com
 07. Jalan kelam disangka terang
Hati kelam disangka suci
Akal pendek banyak dipandang
Janganlah hati kita dikunci
 08. Bunga mawar bunga melati
Kala dicium harum baunya
Banyak cara sembuhkan hati
Baca Quran paham maknanya
 09. Ilmu insan setitik embun
Tiada umat sepandai Nabi
Kala nyawa tinggal diubun
Turutlah ilmu insan nan mati
 10. Ke hulu membuat pagar,
Jangan terpotong batang durian;
Cari guru tempat belajar,
Supaya jangan sesal kemudian.
 11. Tiap nafas tiadalah kekal,
Siapkan bekal menjelang wafat.
Turutlah Nabi siapkan bekal,
Dengan sebar ilmu manfaat.
 12. Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
 13. Anak ayam turun sepuluh
Mati satu tinggal sembilan
Tuntutlah ilmu dengan sungguh-sungguh
Supaya engkau tidak ketinggalan
 14. Anak ayam turun sembilan
Mati satu tinggal delapan
Ilmu boleh sedikit ketinggalan
Tapi jangan sampai putus harapan
15. Anak ayam turun delapan
Mati satu tinggal lah tujuh
Hidup harus penuh harapan
Jadikan itu jalan yang dituju
rujukan pantun: trirusdiyanti.blogspot.my

20160704

Mangku Baudin dari Kuala Pilah Negeri Sembilan

Assalamualaikum tuan admin
saya Nasuhaa dari Melaka
nak tau
adakah bapa moyang saya
dari Kuala Pilah Negeri Sembilan
bernama Mangku Baudin
ada kena mengena dengan
sejarah keluarga dari sumatera ini

on Versi Susunan Waris Pahang
by Nasuhaa Nasution
on 7/2/16