Assalamualaikum w.b.t, sy juga ingin mencari susur galur keturunan sy.
Semakin dicari, semakin banyak fakta yg menyerupai. Cuma inginkan kepastian.
Ibu kpd moyang sy bernama Halimah Tambusai, lari ke sini setelah perang padri, datang ke sini bersama pengasuhnya. Ibu dan ayah berasingan dari nya. Cuma fakta yg sy perolehi mengenai keluarga Tambusai ialah Tuanku Tambusai yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Sulaiman Tambusai dan Habibah Tambusai. utk pengetahuan, keturunan nenek sy dr sebelah bukit tinggi dan sebelah atuk dari pagaruyung.
Keturunan kami dirahsiakan sehingga kami yg muda ini tidak tahu dari mana kami berasal. Jika orang yg bijak pandai, dia akan tahu tentang siapa kami walaupun baru pertama kali berjumpa. pernah terjadi dulu, emak sy mengidap sakit yg agak lama, bila berubat cara tradisional, emak diminta menyediakan set kamar persis Raja2 dulu.
Diminta sediakan emas ukiran tangan sendiri, panjangnya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kami juga tidak boleh menyebut nama-nama mereka kerana semangat mereka akan datang 'melawat'. Kami juga pernah menyimpan baju besi yg dipakai ketika perang dulu. Baju ini akan membuat bising jika ada anak cucu yang membuat sesuatu yang tidak elok..
Wallahualam....
izzati
1 comment:
salam;
telah di bentangkan beberapa tahun dahulu.semak pembentangan yang lepasa.
Post a Comment