-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20191024

Cerita: Kembalilah Kepada Islam Yang Kita Ucapkan. "Deeply Saddening"

SANGAT MENYEDIHKAN.

Kembalilah Kepada Islam Yang Kita Ucapkan.
sumber cerita asal bertajuk "Deeply Saddening" dari : FB Islamic Stories

Semasa di London, saya pergi melawat, salah satu pameran yang bertajuk "Pengenalan kepada Islam" [ "Introduction to Islam" ].

Pameran ini telah dihadiri oleh seorang pendakwah yang sudah lama tinggal di sana. Beliau memberitahu cerita berikut:-

"Seorang lelaki Scotland datang dan mundar-mandir di sekitar pameran itu.
Dia menyambut saya dan kami bercakap sejenak."


Saya kemudian bertanya kepadanya:
"Apakah ada apa yang dia ingin tahu tentang Islam."

Dia berkata: 
'Tidak, tidak, terima kasih.
Saya tidak suka teori yang kami selalu dengar.

"Begini, saya telah tinggal di kalangan Orang Islam
di beberapa negara Arab
selama bertahun-tahun,
dan saya banyak membaca tentang Islam.
Saya tahu banyak tentang Islam."

Jadi saya bertanya kepadanya:
"Apa yang anda ketahui tentang Islam?"

Beliau berkata:
"Islam adalah agama yang indah dan menarik
yang menganjurkan hubungan dengan orang lain,
Islam atau bukan Islam adalah sama."

"Agama Islam adalah agama yang mengajar kamu
-bagaimana menyembah Tuhan kamu secara beradap,
-bagaimana menjaga:
-- ibu bapa kamu,
-- isteri kamu,
-- anak-anak kamu,
-- jiran-jiran kamu,
dan cara bermasyarakat secara umumnya,
serta lain-lain lagi."

"MALANGNYA. Tindakan yang kamu lakukan
bertentangan dengan apa yang kamu katakan,
kerana:"

@ kamu menipu;
@ kamu bersumpah palsu;
@ kamu mencuri;
@ kamu tidak menghormati masa;
@ kamu fitnah antara satu sama lain;
@ kamu huru hara, anda tidak suka terurus;
@ kamu merendahkan satu sama lain;
@ kamu bersifat perkauman;
@ kamu merampas kekayaan orang lain;
@ kamu tidak pedulikan kebersihan;
@ kamu hormati orang kaya dan malukan orang miskin;
@ kamu iri hati antara satu sama lain;
@ kamu buat undang-undang ikut kehendak sendiri dengan memperalatkan agama;
@ kamu suka reka cerita untuk fitnah orang yang dibenci;

@ tunjukkan kepada saya salah seorang dari kamu di sini yang tidak gembira atas kesengsaraan orang lain;

@ kebanyakan kamu tidak memahami agama yang kamu dakwa sebagai milik kamu;

@ kebanyakan kamu secara melulu ikut mazhab kamu, kamu rasa hampir dengan tuhan dan orang yang berlainan aliran dianggap lebih teruk dari syaitan;

@ peraturan di tempat kamu terpakai kepada sesetengan orang tetapi tidak kepada orang lain;

Kemudian dia berkata:
"Oh maaf, kamu kelihatan terganggu?"

Saya berkata kepadanya:
"Ambil apa yang terdapat di dalam kitab,
lupakan kelakuan individu."

Dia menggeleng kepala dan berkata:
"Kamu membazirkan masa dan wang kamu mengadakan pameran ini,
mungkin kami lebih tahu tentang kamu
daripada apa yang kamu tahu tentang diri kamu diri."

"Bila kebanyakan kamu
tidak merujuk kepada kitab-kitab kamu,
jadi apakah gunanya kitab-kitab tersebut kepada saya."

"Kembalilah kepada kitab kamu yang sangat luar biasa.
Laksanakan prinsip dan adab
yang terkandung di dalamnya.

Apabila kamu sudah sempurna perlaksanaannya,
kamu akan dapati bangsa-bangsa lain
berpusu-pusu masuk agama kamu,
tanpa perlukan pameran seperti ini."

"Kami adalah orang yang lebih berminat
dengan hasil yang dapat dilihat,
secara nyatanya
ia bertentangan dengan apa yang dibaca
dalam sebuah kitab."

Saya menjadi tercangang.
Seorang yang bukan Islam
telah menyatakan semuanya
alam beberapa patah perkataan.

Kongsikan kepada semua.
Semoga kita jadi Islam yang kita ucapkan
dan ianya ada dalam Al-Quraan dan Hadith.


sumber:
FB Islamic Stories

10 comments:

Anonymous said...

selamat;

makanya; ada bebarapa kaedah menegur yang digunakan,bagi memberi kefahaman dan pengetahuan kepada manusia;menegur kaedah adat,menegur kaedah adab, menegur kaedah fekah,dan menegur kaedah ilmu atau juga di sebutkan sebagai dikembalikan urusan kepada allah.

makanya;terkadang-kadang,manusia yang kurang siuman itu juga ada masanya terdetik hatinya mereka apabila di tegur.[mereka tahu.mereka tahu.mereka tahu]. sebaliknya manusia yang siuman dan masih berakat waras,tidak mahu memikirkan teguran yang di berikan kepada mereka.[dari al quraan serta al sunnah sendiri berabat-abat lamanya].

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; khutbah jumaat 25/10/2019:pahang; ?????????????:jangan sampai,......;[ fikir lah sendiri dan jawab lah sendiri ],sendiri dengar khutbah jumaat.

[tajuk; perpaduan ummah].[kalau tak faham gi tanyakan pada ulama.apa yang mereka maksudkan dalam bacaan khutbah tu].

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; ibarat menangguk di air yang keroh.seperti belanda minta tanah,diberikan betis nakkan peha,takut pada bayang-bayang sendiri,yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran,ibarat kalkatu mengejar bulan, sampaikan dah tak tahu lagi yang mana siang yang mana malam atau yang mana jantan yang mana betina.

makanya; dari sebab nila setitik akan rosak susu sebelanga,kerana seekor kerbau membawa lumpur,habis satu kampung terpalit,sebab pulut santan binasa.

makanya; amar makruf nahi mungkar masih tidak di turuti dengan sebenar juga. ibarat mengetok tong kosong juga lah adanya.

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; berita telah di berikan dan dihantar kepada seluruh manusia yang menjadi pemegang amanah, pertugas, pelapis.sebaliknya kebanyakan dari mereka hanya menganggap ;mimpi tu hanyalah permainan tidur semata; dan;wajah serta kiasan ghaib itu adalah makhluk jin atau makhluk asing yang cuba untuk merosakkan mereka.[dengan mimpi pun mereka takut][mereka hanya hendakkan mimpi yang indah sahaja].

makanya; berita yang sampai kepada mereka,tidak pernah mereka hurai serta rungkaikan maksudnya, yang hendak di sampaikan kepada mereka.kalau buruk wajahnya,mereka anggapkan sebagai hantu,dan kalau ,kalu,dan kalau...mereka anggapkan.....macam-macam ada. dan kebanyakan mereka menyalah gunakan tabir atau tafsir mimipi untuk urusan yang menyeleweng.[tarik harta karun dan duit dari alam ghaib][menjadikan hamba allah yang ghaib sebagai hamba abdi mereka untuk urusan yang salah dan menyeleweng].

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya;urusannya kepada al fatihah,siap pulih lengkap sempurna,dari izin allah.inshaallah.

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; cekor udang gamit cabut cekor tanam kunyit

chuk chuk ping ping dalam cupak mana tikus butir selit bawah ketiak.

urusannya siap pulih lengkap sempurna,dari izin allah.inshaallah.

inshaallah.


Anonymous said...

selamat;

makanya; urusan rukun iman serta rukun islam [yakin keyakinan], yang wajib di siapkan pulihkan lengkapkan sempurnakan.

makanya; apa yang dibaca,apa yang di lihat apa yang didengar dan apa yang diperbuatkan oleh diri.tapi masih 50-50 dan berbelah bagi lagi was-was,tidak sepenuhnya.lain yang di buat lain yang ditafsirkan.[cakap tak serupa bikin lah orang zaman ni cakap].

makanya; mati itu wajid[benar],tapi tak pernah bersediapun untuk urusan itu.


inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; tanya sama pokok
apa sebab goyang
nanti jawab pokok
angin yang goncang
tanya sama angin
apa sebab hujan
nanti jawab hujan
tanya sama awan
nanti jawab awan
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair
lihat dalam air
nampak bayang bayang
baling satu batu
bayang pun hilang.

makanya; urusannya siap pulih lengkap sempurna,dari izin allah.inshaallah.

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; rukun iman enam perkara rukun islam lima perkara,urusan baginya siap pulih lengkap sempurna,dari izin allah.inshaallah.

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; inshaallah,kami melakukan urusan kerja kami yang di perintah allah.yang mengikut ilmunya fekahnya adatnya serta adabnya,tertip serta tertil yang bersesuaian dengan suasana keadaan semasa zaman ini,inshaallah.telah kami jalankan.inshaallah.

makanya; tepuk dada tanya selera diri sendiri manusia zaman ini untuk meletakkan diri kemana?,yang baik pilihan sendiri,dan yang buruk itu pun pilihan sendiri.tiada paksaan, perbuatan zalim itu adalah perbuatan serta pilihan dari diri sendiri.

makanya; al quraan serta al sunnah telah disampaikan oleh muhammad saw sebagai nabi serta rasul seluruh alam,terserah kepada tuanpuan untuk membuat piliha dan andaian.

inshaallah.