Terdapat tiga watak
iaitu Si Kebenaran, Si Penipuan dan Si Keduniaan.
Mengikut legenda abad ke-19,
Si Kebenaran dan Si Penipuan
telah bertemu pada satu hari.
Si Penipuan mengatakan kepada Si Kebenaran:
"Ini hari yang indah"!
Kebenaran melihat ke langit dan mengeluh,
kerana hari itu benar-benar indah.
(bukan penipuan)
Mereka menghabiskan banyak masa bersama-sama,
akhirnya tiba di tepi sebuah kolam.
Si Penipuan menyatakan kepada Si Kebenaran:
"Air ini sangat bagus, mari kita mandi bersama!
"Si Kebenaran, sekali lagi merasa curiga,
dia merasa air dan mendapati ia memang sangat bagus.
(bukan juga penipuan)
Mereka menanggalkan baju dan mula mandi.
Tiba-tiba, Si Penipuan keluar dari air,
memakai pakaian Si Kebenaran dan lari.
Si Kebenaran yang marah (kerana memilih untuk percaya kepada Si Penipuan)
terus keluar dari kolam (sambil telanjang)
dan berjalan ke hulu ke hilir untuk mencari Si Penipuan
(yang telah mengambil pakaiannya)
untuk mendapatkan pakaiannya kembali.
Si Keduniaan (The World),
melihat Si Kebenaran telah telanjang (The Truth Naked)
lalu memalingkan pandangannya,
dengan perasaan hina dan marah.
Si Kebenaran yang telanjang (The Truth Naked)
merasa malang dan kembali ke kolam,
dia terus hilang buat selama-lamanya,
bersembunyi di dalamnya,
kerana dia sangat malu.
Sejak itu,
Si Penipuan mengembara dengan Si keduniaan,
berpakaian sebagai Si Kebenaran,
memenuhi segala keperluan,
kerana,
Si Dunia, dalam apa jua keadaan,
tidak ada keinginan sama sekali,
untuk mengatahui
apakah perkara sebenar (The Naked Truth).
(Maka kita biarkan kita terus ditipu selama-lamanya.)
Tafsiran dari sebuah lukisan yang tertajuk "The Truth coming out of the well" oleh Jean-Léon Gérôme, 1896.
SUMBER
facebook Archaeology/History Jokes & Puns (Or GTFO!)
10 comments:
selamat;
makanya; dari sebab mereka menangguk di air yang keruh,dan mereka menjadi duri dalam daging, dan menjadinya pekong didada.
makanya; urusan mencabut duri bermula,dan pekong akan dibelah serta dicuci nanahnya bagi mencari dan mencabut dan menanggalkan duri yang tersengkang sekian lama dalam dada melayu itu.
makanya; telah disebutkan sebagai[dalam al quraan: mereka merencanakan rancangan mereka ,maka allah juga merencanakan rancangannya]. inshaallah. dari izin allah.inshaallah.[ berita telah sampai,bagi urusan pembetulan amanah yang telah di rosakkan].
inshaallah.
selamat;
makanya; kerbau dipegang pada talinya,dan manusia melayu dipegang pada janjinya.dan siapakah diantara melayu itu yang telah memutuskan tali janji itu.
makanya; jangan berjalan dalam kabus yang tebal.
inshaallah.
selamat;
makanya; keris yang matanya patah,tak dapat disambung lagi[dah patah nak disambungkan macammana lagi,pergi sepuh pun tak bergunapun,buat besi buruk,timbang kati aje ataupun campak kelaut dibuat tukun tiruan,lagi baik],sebaliknya amanah yang patah,kenalah di betulkan,bukannya pakai tunggu, pandang dan lihat. kalau manusia jenis tunggu ,pandang dan lihat itu jenis yang tak belajar agama,tak belajar adat,tak belajar adab,juga disebut manusia yang tak katam ilmu namanya.[tak tahu serta tak faham].
makanya; tak pernah tengok cerita melayu dengan tajuk musang berjanggut ke?.
inshaallah.
selamat;
makanya; orang tua berkata: buat baik berpada pada buat jangan sekali kali;orang zaman dahulu berpegang kata: berani kerna benar, takut kerna salah;dan orang zaman ini pulak berpegang[kebanyakan manusia zaman ini]:berani kerana salah,takut kerana benar.[percaya atau tidak,itu lah yang terjadi zaman ini].
makanya; jangan cepat melatah,lihat dan dengar;baru buat penilaian. kalau salah perbetulkan yang salah,dan kalau betul,apa perlu dilakukan.
inshaallah.
selamat;
makanya; khutbah juamaat 1/11/2019: bertajuk;maulut nabi atau menyambut dan meraikan kelahiran nabi muhammad saw.
makany; setiap tahun macam tu lah menyambut dan meraikan,berulang-ulang,bilang tahun.perkara sebenarnya tak selesai juga. yang tak tahu serta tak faham semakin hari dan bilang tahun makin ramai berlipat kali ganda.
makanya; selawat keatas nabi itu perkara apa?. tak kan lah setakat berselawat bilang tahun aje atau selawat bilang hari aje. bila nak khatam dalam bab selawat tu?. dalam solat wajib bacakan selawat. dalam khutbah jumaat ada tempat di kenakan menjawab selawat. dalam doa wajib di bacakan selawat.
inshaallah.
selamat;
makanya; urusannya kepada sang sapurba demang lebar daun,siap pulih lengkap sempurna,dari izin allah.inshaallah.
inshaallah.
selamat;
makanya; urusannya kepada puteri santubong putri sejenjang,siapa pulih lengkap sempurna,dari izin allah.inshaallah.
inshaallah.
selamat;
makanya; perbetulkan salah faham dan selaraskan ilmu fekah dengan ilmu enakman undang-undang tubuh negeri. yang ramai manusia menjadi keliru. apa hukum dan apa enakman tubuh negeri.
selamat;
makanya; jangan jadi manusia yang bodoh dalam cerdik:maksudnya[orang yang tak berguna akalnya,dan hanya menuruti semata kerana tak tahu dan salah faham dengan apa yang dilihat dan apa yang di dengarnya].atau[ manusia cerdik yang bodoh]. hanya bersandarkan ilmu mereka kepada orang tanpa mahu memmikirkan dan tidak berani berdikari.
selamat;
makanya; khutbah jumaat 15/11/2019;pahang: apa dan kepada siapa sebenarnya yang hendak di tuju akan bacaan khutbah oleh katib atau oleh pengarang khutbah itu.
makanya; telah lepas dari 60 tahun,baru hendak berhujah berkenaan dengan perkara yang disebutkan itu. kenapa???. sudah tersepit atau sudah terantuk baru nak tergadah.
makanya; kalau dahulunya berjalan lihat kebawah,taklah tersampuk bendul.taklah sakit atau cedera ibu jarikaki tu. atau tak lah benjol dahi langgar alang pintu tu. nasi dah jadi bubur,makan bubur ajelah,nak makan nasi,tanam padi dululah, barulah dapat makan nasi,selagi beras berbeli dikedai,tak payah berceritalah.
inshaallah.
Post a Comment