-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130407

J36 waris dari susur Melaka di Pahang

BISSMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
assalamualaikum... tuan,  serta waris-waris yang lain. neguai.

sabda nabi saw, "sutu suara akan menyeru dari bawah arasy dihari kiamat: wahai umat muhammad! adapun semua kesalahanmu terhadapku, telah aku ampuni kamu. yang tinggal kini hanya kesalahan-kesalahan diantara sesama kamu, maka bermaaf-maaflah kamu, dan masuklah ke dalam syogar dengan rahmatku."

firman Allah, " katakanlah: wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas dengan mencelakakan dirinya sendiri! jangan kamu sampai putusasa dari belas-kasihan tuhan, sesungguhnya dia mengampuni segala dosa, sesungguhnya dia adalah maha pengampun maha penyayang." (az-zumar:53).

waris-waris dari susur Melaka (di Pahang) maksud daripada waris adalah:
1.Tun Mamat
2.Malim Yunus & Sultan Ahmad Budu
3.Tok Sharom & Tun Abd Samad
4.Panglima Bagus & Orang Tiga Beradik(Pahang)
5.Raja Darah Putih.(Pattani*Palembang)

tidak ada yang lebih baik dalam hidup ini, daripada bermaaf-maafan dan bersatu semula dari kalangan kita, ketepikan dendam yang telah sekian lama berbolak-bolak itu. apa sebenarnya yang tuan-tuan cari dalam hidup ini. terlalu ramai orang yang tidak bersalah yang dibabitkan dalam krisis panjang ini.

saya dan beberapa yang lain akan bermuzakarah dengan ayah long mempaga, tidak berapa lama lagi untuk mencapai kata sepakat bagi mencari jalan penyelesaian yang diperlukan bagi perdamaian tersebut atau diperlukan timbangtara waris...

wallahualam...
inshaallah...
   
Sat 14-Apr-2012 08:21

29 comments:

zulfadli said...

Assalamualaikum..

Tuan-tuan macam mana caranya saya nak hubungi kaum keluarga dari keturunan keluarga diraja Melaka di Pahang.

zulfadli said...

Assalamualaikum

tuan-tuan macam mana nak hubungi keluarga diraja Melaka yang pernah memerintah Pahang.

. said...

macam mana caranya saya nak hubungi kaum keluarga dari keturunan keluarga diraja Melaka di Pahang.

Tuan zulfadli.

Saya nyatakan terus-terang. Maaf kalau tersalah.

-Bukan semua waris mahu bertemu dengan waris.
-Bukan semua waris yang mengaku adalah waris yang sebenar.
-Bukan semua waris mahu mengaku waris.
-Bukan semua waris berjaya menyusun warisnya dengan betul.

KERANA
Ada yang masih bersembunyi. Tidak menunjukkan diri. Ada yang masih takut. Mereka bimbang kerana masih ada yang menyimpan rasa dendam, marah, benci, terkilan dan malu kepada sesama waris.

Tuan zulfadli kena nyatakan jalur tuan. Jika mereka yakin, mereka akan menjawab.

Laman Pahang tidak mahu menjadi punca memanjangkan perbalahan waris.

. said...

Moga ada mereka yang sudi berhubung dengan Tuan zulfadli.

Jangan lupa maklumkan kepada kami jika ada perkembangan.

zulfadli said...

Saya Zulfadli salah seorang dari sekelian bangsa Melayu yang ada pada hari ini. Saya terpanggil untuk meletakan kembali sesuatu yang hak itu ditempatnya setelah bangsa kita dikucar-kacirkan oleh bangsa-bangsa asing. Saya mengenepikan segala dendam dan prejudis setiap waris.Dimata pena saya segala waris adalah mereka yang berjasa memakmurkan Pahang dan bangsa Melayu. Di tangan saya ada 8000 lebih fail yang menceritakan kesultanan Pahang dan hanya Kesultanan Pahang dari Keluarga diraja Melaka sahaja yang tidak dapat saya temui lagi. Meskipun ada fail dan buktinya ditangan saya tentang kewujudan mereka ia tidak bermakna jika waris empunya diri tidak mahu mengakuinya. Saya berharap hasrat murni saya untuk memperlengkapkan sejarah bangsa kita dapat dipermudahkan dengan kerjasama semua waris. Saya seru mohon dikhabar-khabarkanlah pesanan ini. Moga dimakbulkan ALLAH segala urusan kita.

. said...

Kepada 'keluarga diraja Melaka yang pernah memerintah Pahang'.

Secara rasminya Laman Pahang menyokong usaha Tuan zulfadli. Tugas beliau perlu disempurnakan. Kami berharap pihak pemegang amanah, petugas atau wakil mereka mahu berhubung dengan beliau.

Harap 'keluarga diraja Melaka yang pernah memerintah Pahang' dapat menyatakan diri mereka disini bagi membantu Tuan zulfadli menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau.

Pihak kami akan berusaha dengan cara kami bagi membantu kedua pihak.

Kepada 'keluarga diraja Melaka yang pernah memerintah Pahang', kami tahu tidak semua perkara boleh dibuka kepada semua orang.

Harap berikan kerjasama setakat yang dibenarkan.

Anonymous said...

salam... tuan zulfadli,,,
tuan dari susur [melaka] yang mana?
1...sultan muhammad atau sultan iskandar
2... sultan muzaffar[dua beradik dan satu mati]
3...sultan mansur[4 bini]
4...sultan alauddin

setiap susurnya tidak sama jurainya dan ceritanya.

inshaallah ,,,salam...

Anonymous said...

salam...tuan zulfadli,,,

sila rujuk dan dapatkan kebenaran dari penghulu undang melaka,,,(pemegang amanah undang sembilan)[jikalau beliau memberi kebenaran,baru yang lain dapat diteruskan]

zulfadli said...

Assalamualaikum....

Tuan, saya ini bukan sesiapa. Cuma seorang anak Melayu yang terlalu cintakan bangsanya. Mengkaji untuk meletakan semula kedudukan kemulian bangsanya ditempat yang hak mengikut saluran akademik yang diiktiraf seluruh dunia dikalangan bangsa manusia hari ini. Anak Melayu ini mengharapkan kerjasama para waris pertuanan Melayu terdahulu tampil berkongsi maklumat demi mencuci arang yang telah dicoreng ke muka bangsa kita untuk menunjukan jasa dan pencapaian kita masa lalu semoga dapat menjadi tauladan anak cucu Melayu hari adanya.

zulfadli said...

Mohon tuan-tuan sekelian membantu bagaimana dapat saya hubungi Tuan Penghulu Undang Melaka tersebut. Sekiranya dapat saya akan segerakan perkara ini. Terima kasih tuan-tuan budiman. Harapan saya kerjasama ini berterusan.

. said...

Kami faham kenapa mereka atau wakil mereka ini amat berhati-hati:
1.Jalur sultan muhammad atau sultan iskandar
2.Jalur sultan muzaffar[dua beradik dan satu mati]
3.Jalur sultan mansur[4 bini]
4.Jalur sultan alauddin

Mungkin tuan zulfadli boleh nyatakan sikit-sikit kehendak tuan. Supaya mereka atau wakil mereka boleh menentukan siapa yang akan muncul terlebih dahulu.

Mungkin mereka hanya boleh beri apa yang tuan perlukan tetapi untuk bertemu tidak sesuai.

zulfadli said...

Terima kasih tuan-tuan. Jangan gundah jangan curiga. Saya perlukan maklumat tentang corak pentadbiran era pertuanan keluarga diraja Melaka di Pahang sahaja tidak lebih dari itu. Jauh sekali berkait soal dendam dan perasaan. Saya cuma tukang kaji dan tukang tulis utk meletakkan kegemilangan bangsa Melayu ditempatnya itu sahaja.

Anonymous said...

Adakah anda nakan sokongan bahan bertulis atau boleh cakap-cakap aja.

Kalau nak yang bertulis 'cucah cikit'.

zulfadli said...

Benar tuan saya mmg dikelilingi oleh sumber manuskrip, dokumen dan fail berkenaan pertuanan Melaka di Pahang. Namun untuk elakan tukang kaji ini tersalah tafsir molek kiranya saya dapatkan pencerahan dari para waris pertuanan itu sendiri sebelum saya sokongnya dengan bukti bertulis dari dokumen. Umpama keris sakti bersepuh emas, berbisa dan tinggi nilainya.

Anonymous said...

kalau lafaz dah terkeluar maka sumpahan telah berjalan tapi mengapa jadi begini pasti ada sebab musababnya? Itulah manusia yang mana apabila berpegang pada janji itu adalah wajib kata allah tapi kalau janji dinodai dengan satu helah dan penipuan ini adalah satu kesalahan. Maka wajar datuk nenek moyang kita menghukum kerana sebenarnya banyak yang kaldu dari yang bersih. Itulah salah satu cara pilihlah keturunan yang baik agar tidak dicampur adukkan. Maka dengan anak pahang balik ke pahang....

Anonymous said...

salam...tuan zulfadli,,,

tuan perlu bermuzakarah dengan LP berdepan bukan melalui blog...maaf tiada jawapan yang akan diberi dalam blog ini.

nama pemegang amanah dan waris-waris nya melaka tidak akan dibuka untuk tatapan awam. maaf sekali lagi.

zulfadli said...

Saya berbesar hati dengan cadangan tuan. Semoga terkabul hasrat tukang kaji ini. Bagaimana saya dapat berbicara dengan LP. Mungkinkah tuan atau siapa dapat berikan alamat mahupun cara. Biar berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tapi demi amanah bangsa Melayu tukang kaji dan tukang tulis ini tetap akan tempuhinya Insyallah.

. said...

Saya berbesar hati dengan cadangan tuan. Semoga terkabul hasrat tukang kaji ini. Bagaimana saya dapat berbicara dengan LP. Mungkinkah tuan atau siapa dapat berikan alamat mahupun cara. Biar berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tapi demi amanah bangsa Melayu tukang kaji dan tukang tulis ini tetap akan tempuhinya Insyallah.

-------
Moga tuan diberikan kekuatan dan kemampuan oleh Allah swt untuk meneruskan tugas dalam apa-apa keadaan sekalipun. Dengan keikhlasan tuan moga-moga akan lebih ramai datang membantu tanpa diduga dan tanpa meminta balasan.

Saya hanyalah tukang terbit dan tukang taip bukan tukang tulis bukan tukang jawab. Ada ramai lagi yang tugasnya lebih besar dari tugas saya.

Saya hanyalah hamba Allah yang kerdil. Maaf kalau tersalah bahasa.

tok pakeh temenggong said...

Salam
Macamna nak hubungi saudara zulfadli ?
Tuan LP boleh bantu ?
Saya tokpakeh .
qa_yyum@yahoo.com

. said...

Kepada Tok Pakeh Temenggong,

Pihak Laman Pahang rasa gembira jika pihak tuan dapat membantu kajian Tuan zulfadli.

Kepada Tuan zulfadli,

Jika tuan ada kelapangan, boleh la bertemu dengan Tok Pakeh Temenggong. Mungkin Tok Pakeh Temenggong adalah pihak yang boleh membantu pihak tuan.

Laman Pahang,
Peranan kami hanya setakat mempertemukan pihak yang boleh saling membantu. Persetujuan adalah atas tuan berdua. Manafaat adalah untuk kita semua.

Kalau ada perkara yang perlu dibuka ... buka lah. Kalau ada perkara yang perlu ditutup ... tutup lah.

Moga usaha tuan berdua mendatangkan kebaikan kepada kita semua.

Unknown said...

Assalamualaikum... Saya terpanggil dengan komen2 diatas.. Saya berdarah minang.. Baik negeri9 ataupun padang (seberang).. lahir di temerloh(busut jin) pahang.. sy pula kurang arif mengenai asal usul.. mungkin juga ade rahsia disebaliknya demi kebaikan keluarga..jika ade sebarang persoalan reply sahaja.. waallahualam..maafkan saya jika perasan diri ini..

. said...

SETUJU, jika ade sebarang persoalan reply sahaja disini. Tuan BeretBiru sudi tolong menjawab.

Terima kasih Tuan BeretBiru atas kesudian membantu sesama kita.

Anonymous said...

ahukah anda sebenarnya kesultanan Pahang bermula sekitar tahun 1470 lagi apabila Raja Muhammad dirajakan di Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah oleh Ayahandanya Sultan Melaka, Sultan Mansur Shah. Sebenarnya Raja Muhammad dihantar ke Pahang sebagai hukuman buang negeri oleh Paduka Ayahandanya yang begitu murka terhadap perbuatan Raja Muhammad yang membunuh Tun Besar, anak kepada Bendahara Melaka, Bendahara Paduka Raja. Kisahnya bermula apabila Raja Muhammad pergi ke Kampung Bendahara paduka Raja dan pada waktu itu Tun Besar sedang bermain sepak raga (takraw) bersama kawan-kawannya. Dengan tidak sengaja bola yang disepak oleh Tun Besar terkena dastar (tanjak) Raja Muhammad lalu jatuh. Raja Muhammad begitu murka dengan kejadian ini lalu ditikamnya Tun Besar dibahagian rusuk terus kehatinya. Tun Besar meninggal dunia ditempat kejadian.


Sultan Muhammad Shah hanya memerintah Pahang selama lima tahun sahaja dan dimakamkan di Dusun Pinang, Pahang Tua.

Adidanda baginda Raja Ahmad ibni Sultan Mansur Shah menggantikan baginda dengan gelaran Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang ke-2. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan satu peristiwa dimana laksamana Khoja Hasan telah berjaya melarikan gajah kenaikan baginda sebagai simbolik menunjukkan bahawa orang Melaka lebih bijak daripada orang Pahang. Baginda merasa malu dan terhina dengan peristiwa ini lalu turun daripada tahta.

Raja Abdul Jamil ibni Sultan Muhammad Shah, putera Sultan Pahang 1, dilantik menjadi Sultan Pahang ke-3 menggantikan Sultan Ahmad Shah. Dalam masa yang sama, Sultan Ahmad Shah telah merajakan putera baginda Raja Mansur Shah sebagai Sultan Pahang ke-3 dengan gelaran Sultan Mansur Shah 1. Walau bagaimanapun disebabkan oleh faktor usia yang masih muda akhirnya Raja Mansur Shah terpaksa mengalah.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jamil, Raja Mansur Shah ibni Sultan Ahmad Shah dilantik semula sebagai Sultan Pahang ke-4 dengan gelaran Sultan Mansur Shah 1. Sultan Mansur Shah 1 mangkat pada tahun 1519.

Selepas kemangkatan Sultan Mansur Shah 1, Raja Mahmud ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang 1) dilantik sebagai Sultan Pahang ke-5 dengan gelaran Sultan Mahmud. Baginda mangkat pada 1530.

Selepas kemangkatan Sultan Mahmud, baginda digantikan oleh puteranya Raja Muzaffar ibni Almarhum Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah, Sultan Pahang ke-6.

Sultan Muzaffar Shah digantikan oleh adindanya Raja Zainal ibni Almarhum Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Zainal Abidin, Sultan Pahang ke-7. Baginda mangkat sekira 1555.

Raja Mansur ibni Sultan Muzaffar Shah dilantik menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-8 dengan gelaran Sultan Mansur Shah II. Baginda mangkat sekitar 1560.

Baginda dilgantikan oleh adinda baginda Raja Jamal ibni Almarhum Sultan Muzafar Shah sebagai Sultan Pahang ke-9 dengan gelaran Sultan Abdul Jamal Shah.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jamal, baginda digantikan oleh saudara sepupu putera Sultan Zainal, Raja Abdul Kadir dengan gelaran Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-10. baginda mangkat pada tahun 1590.

Baginda digantikan oleh putera baginda, Raja Ahmad ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-11 dengan gelaran Sultan Ahmad. Walau bagaimnapun baginda memerintah hanya satu tahun sahaja kerana dikatakan terlalu muda untuk menjadi Sultan.

Baginda digantikan oleh kekandanya, Raja Abdul Ghafur ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-12 dengan gelaran Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah, Putera kedua baginda yang tidak dicatatkan namanya telah membunuh baginda dan Raja Muda Abdullah. Dengan pembunuhan ini berakhirlah pemerintahan bersultan di Pahang dari keturunan Sultan Melaka pada tahun 1614.


Tn. admin... masih wujud lg ker jurai putera kedua Sultan Ghafur di Pahang?

. said...

Terima kasih tuan kerana berkongsi info.

Karangan tuan ini telah diterbitkan sebagai satu tajuk.

[ http://lamanpahang.blogspot.com/2014/05/bermulanya-sultan-di-negeri-pahang-1470.html ]

Harap ia dapat meluaskan skop perbincangan.

Mohon 'jurai putera kedua Sultan Ghafur di Pahang' dapat berkongsi info.

Laman Pahang
Admin.

Jack Y. Keruoc said...

assalam

bukankah kesultanan pahang ini bermula awal dari tu , semenjak pahang tua di wujudkan . sultan pertama juga bernama sultan mohammad @ahmad , mengikut apa yg saya baca

Anonymous said...

salam tuanpuan,

itu sejarah ada tulis dalam kilaf juga.bukan salah tulis,itu cerita juga. kasi seronok baca saja.cerita sebenarnya kasi cari diri sendiri lah..itu cara orang tua melayu mahu anak cucunya mengenal dan tahu dan faham akan berita fekah,adat,adab dan ilmu serta keturunan melayu.cerita sebergitu bagi melindungi cerita sebenar.dari di putar belitkan oleh orang atau manusia yang menyimpan kepentingan dunia bagi diri mereka sahaja.[yang tak nak akhirat]

contohnya; berita tentang firaun zaman nabi musa,ada sesiapa nak mengaku yang dia itu waris kepada....manusia sekarang,takde kan,dan kalau diceritakan berita sebenar,ramai sangat yang sanggup mengaku firaun zaman nabi musa itu moyang dia.[maka ramai yang akan pergi menuntut pesaka firaun kat mesir tu.
dalam pada itu pun ramai yang pergi menuntut pesaka qorun@korun,sedangkan mereka bukannya waris qorunpun,harta qorun tenggelam kat perut bumi mesir,sebaliknya mereka mencari rata di bumi lain teermasuklah di dalam perut bumi malaysia ini.

contohnya; abi talib ayah kepada saidina ali[bapa saudara rasulullah saw], kenapa pulak, warisnya yang bersusur kepada saidina husiin dan saidina hassan,sekarang ini tidak mahu sanad keturunan mereka di binkan menjadi: hassan atau husiin bin saidina ali bin abi talib bin abdul muttalib bin manaf,sebaliknya;di binkan saidina hassan atau husiin itu kepada fatimah ibn rasulullah bin abdullah bin abdul mutalib bin manaf.[apa pasai,kenapa,y,y,y?]fikir sendiri lah.

Anonymous said...

Assalammualaikum wrt...

bagaimana saya ble berhubung dgn En.Zulfadli

Anonymous said...

Hamba sgt berbesar hati utk berjumpa...
En Zulfadli

Hubungi di mr.kwan@yahoo.com

Mdhelmi said...

Assalam
Kenapa perintahan raja raja dari melaka begitu sekejap sangat .