INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130416

J46 kita kembali kepada AR RAHIM

Salam kepada para pembaca para waris, para sahabat, ahli bait.
Mengikut catitan Haji Buyong Adil, Kerajaan Sang Hyang Hyung diperintah oleh BATHIN SERI ALAM adalah saudara tertua bagi Kerajaan Majapahit,Sumatera dan ketiga Champa ( bongsu ) bilamana negara dan negeri itu tumpas dan tewas di tangan penjajah, mereka berundur ke Tanah Melayu..

Demi Daulah Islam, Bangsa Melayu bertulisan JAWI - Bani Jawai - Keturunan Nabi Allah Adam A.S- tidak Nabi Allah Adam A.S menjadi RAJA, maka hanya PENGHULU LUAK jua yang kita ada, Bathin Seri Alam menyusun Kerajaannya sedemikian rupa kerana untuk menentang kemaraan RAJA IBLIS yang menentang Nabi Allah Adam A.S yang menjadi RAJA DUNIA, apalah kita MANUSIA yang lemah dan tidak cukup sempurna hanya menyembah sujud kepada YANG MAHA ESA ALLAH SWT jua jalan terbaiknya..

Nenek Kerbau membuka Johol, Tok Jelondong membuka Jelebu, Bathin Bercanggai Besi membuka Sg. Ujung..

TIDAK NABI ALLAH ADAM ini ZAHIRnya ke dunia ini MEMAKAI BAJU dan SELUAR seperti mana hari ini..

maka fahamilah bilamana kita MANUSIA lahir ke dunia ITULAH KEBESARAN ALLAH SWT untuk kita manusia berfikir...

DISINILAH PERTAHANAN TERAKHIR KITA MANUSIA BANI ADAM, ..tiada apa adanya lagi, tidak perlu kita bercakap tentang MERONG MAHAWANGSA ( ROM ), Kerana Iskandar Zulkarnain zamannya telah berlalu...

KINI RAJA IBLIS MENUNTUT UNTUK MEMERINTAH DUNIA - GAMBARAN ISRAJ MIJRAJ DIKELANG DILIHAT OLEH PARA PELAJAR SEKOLAH AGAMA - WANG SESEN DI TAPAK TANGAN - DI DALAM AL QURAN NUR QARIIM - DICATATKAN DUNIA ADALAH DALAM GENGGAMAN KU FIRMAN ALLAH SWT - kerana apa TERJADI - MEREKA MINTA DUNIA BARU...

Nyatalah didalam kitab Al Quran Nur Qariim itu - Selain DUNIA ini yang ada cuma NERAKA DAN SYURGA...

Maka kita kembali kepada Allah SWT...selepas RAHMAN - enam Perdana Menteri Malaysia - maka kita kembali kepada AR RAHIM - Yang Mengasehi Allah SWT...carilah jalan untuk kembali kepada Allah SWT...Wassallamuallaikum wrwt.    

Fri 4-May-2012 15:17
Posted by:Tengku Arian Kirana

12 comments:

Insan Marhaen said...

Sebenarnya Nabi Adam seorang je yang bergelar manusia...manakala yang lain-lain(ank cucu cicit Adam AS) bergelar insan....

Laman Pahang said...

Terima kasih Tuan Insan Marhaen kerana berkongsi info. Harap dapat ditambah lagi supaya kami menjadi lebih mengerti.

Anonymous said...

Ada ayat dalam bahasa Arab firmannya sebagai "INSAN"= terjemahannya "Manusia"

Ada ayat dalam bahasa Arab Firmannya "Annas" = terjemahannya "Manusia".

Jika Allah membezakan sebutan diantara ayat itu, sudah tentu rasanya ada perbezaan dari segi maksud, dan pengertiannya.

Lalu apakah sebenarnya ini?

Anonymous said...

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

Anonymous said...

Insan dan Manusia (Naas) itu lahir daripada kata akarnya Nasiya - Yang bermaksud Lupa. Itulah tabiat dan fitrah semulajadi manusia yang bersifat pelupa.

Anonymous said...

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu." - Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56

Adakah Nabi Adam sahaja yang dipertangjawabkan, bukan kita.

LP said...

Cuba pula kita faham ayat ini:

Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang MEMULAI PENCIPTAAN MANUSIA DARIPADA TANAH. Kemudian Dia MENJADIKAN KETURUNANNYA DARIPADA SARIPATI AIR YANG HINA. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." - Surah As-Sajadah: Ayat 7-9

Nabi Adam - Tanah
Keturunannya - Air

Anonymous said...

Dari mana kita datang?

Jika kita masih ragu-ragu
terhadap hari qiamat

sesungguhnya Allah SWT
telah jadikan kita dari tanah,
kemudian daripada air mani dan
mani menjadi darah
sampai ia menjadi
sepotong daging
yang telah sempurna kejadiannya dan
yang belum sempurna,

supaya dapat Allah SWT
berikan keterangan
kepada kita dan
Allah SWT tetapkan
di dalam kandungan ibu
mengikut kehendak Allah SWT,

sampai waktunya yang tertentu
maka Allah SWT
keluarkan kita
dari kandungan ibu kita
membesar kita menjadi kanak-kanak
kemudian sampai kita
menjadi orang dewasa.

Di antara kita
ada orang
yang dimatikan dan ada
yang dipanjangkan hidupnya
sampai terlalu tua
hingga
tidak dapat mengetahui apa-apa
sedangkan sebelumnya kita mengetahui

LP said...

Terima kasih semua kerana berkongsi pengalaman.

Anonymous said...

Mengapa kita dijadikan oleh Allah SWT?

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Pengertian ibadah itu mempunyai ruang lingkup yang luas.

Tidak semata-mata terhad kepada fardhu solah, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah SWT.

Beribadah bermaksud seluruh hidup ini serta setiap perbuatan/perkataan yang kita lakukan/sebut itu mestilah semata-mata kerana Allah SWT serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan pendidikan anak-anak adalah jalan-jalan yang membantu kita untuk taatkan Allah SWT Menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah SWT.

Dengan kata lain, rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang, blog, permainan, kedai, perniagaan, perkerjaan, mengundi dan sebagainya adalah medan beribadah.

Bahkan seluruh bumi Allah SWT ini merupakan ‘masjid', tempat menunaikan ibadah dalam meneruskan kehidupan.

Anonymous said...

Apa yang koi cari, kata Pak Wea Nordia Lubuk Kawah ... adalah 'Cari Mati'. Maksudnya menyediakan bekal untuk mati.

Sesungguhnya
kepada Tuhan (Allah)
kesudahan kamu
(tempat kembali).

Dialah
yang membuatkan
kamu tertawa dan
Dia juga
yang membuatkan
kamu menangis.

Dialah
yang mematikan
kamu dan
menghidupkan
kamu kembali

An-Najm 42-44

Itukah gambaran kesudahan kita?

Anonymous said...

Perbincangan yang menarik.