INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130322

Lahat Datu dan Sabah: Kesan dan cabaran terhadap ancaman keselamatan negara Malaysia

 01. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan pada 21.3.2013.

Apa yang nak diceritakan ini bukanlah cerita benar-benar. Inilah adalah cerita kedai kopi. Melalui beberapa cebisan fakta kisah  Lahad datu ini dijadikan cerita pandek atau cerpen atau dongeng  atau hikayat. Apa yang ingin disampaikan adalah intipati ceritanya untuk diambil ikhtibar oleh semua rakyat di Nusangtara.

Pada 11 Februari 2013 berlaku salah satu pertempuran bersejarah antara Malaysai dan Filipina.

 02.Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan

 Peristiwa seakan-akan turut berlaku antara Malaysia dengan Thailand dan Singapura. Juga berlaku antara Malaysia dengan Indobesia. Kemuncak perbalahan antara Malaysia dan Indonesia bermula jam 10 pagi pada 20 Januari 1963 setelah Menteri Luar Indonesia, Dr Subandrio isytiharkan pendirian kerajaan Indonesia untuk bermusuhan dengan Malaysia. Kini sudah lebih 40 tahun berlalu.Perselisihan sebegini ini tidak dapat dielakkan dalam keluarga besar negara-negara di Nusantara. Nusantara ini kononnya bermaksud negeri-negeri antara dua benua iaitu Benua India dan Benua China.

 03. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan.

Pada 11 Februari 2013 berlaku salah satu pertempuran bersejarah antara Malaysai dan Filipina. Tetapi bukan dengan Kerajaan Filipina tetapi dengan satu puak di kepulauan Sulu.Agama Islam paling awal ke wilayah kepulauan Sulu berbanding pulau-pulau lain di Filipina.

 05. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan.

Kerana Dunia Islam lebih banyak menyebut tentang riwayat Ahlul Bait yang mengasas Kesultanan Sulu. Pengislaman secara meluas telah dilakukan oleh para Ahlul Bait berikut:
1. Tuan Masha’ika dan Tuan Maqbalu pada 710 H bersamaan 1310 M (sezaman dengan Batu Bersurat Terengganu 1303)
2. Karimul Makhdum (Tuan Syarif Aulia) dan Makhdum Aminullah (Sayyid Un-Nikab)
3. Raja Baguinda (Dari Minangkabau Sumatera)
4. Sayyid Abu Bakar (Syariful Hasyim) Pengasas Kesultanan Sulu bermula 1450 atau 1457 M.
5. Syed Alawi Balpaki ( Datang 1735 M)

 06. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan.

Sayyid Abu Bakar adalah Sultan Sulu yang pertama dan memakai gelaran Sultan Syariful Hasyim. Sebelum Sayyid Abu Bakar ke Sulu, Sayyid Abu Bakar telah ke Melaka di masa pemerintahan Sultan Mansur Syah dalam tahun 1456 -1477 M.  Turut dibawa adalah kitab Ad-Durr Al-Manzum (Karangan Abu Ishak As-Syirazi). Lepas Melaka Sayyid Abu Bakar ke Palembang kemudian ke Brunei dan akhirnya sampai di Sulu.

 07. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan.

Di Sulu Sayyid Abu Bakar berkahwin dengan anak Raja Baguinda yang bernama Paramisuli. Seterusnya diangkat menjadi Sultan. Maka ditetapkan agama Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Sulu. Beliau berjaya mengislamkan ramai orang Tausug yang tinggal di pantai Baklaya, Taguimaha dan orang Tausug di pergunungan Buburanun.

 08. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan.

Sebagaimana kekeliruan tentang penggelaran makhdum, kekeliruan juga turut berlaku pada penggelaran Sayyid @ Syed atau Syarif @ Sharif (Salip).

Dalam konteks masyarakat Moro Sulu, gelaran
-Sayyid (keturunan dari Sayyidina Hussein r.a.) dan
-Syarif (keturunan dari Sayyidina Hassan r.a.)

09. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan
pada 21.3.2013.

Orang Sulu hanya memanggil Syarif (Salip) kepada kesemua kalangan Ahlul Bait yang berdakwah ke Sulu. Masyarakat Alam Melayu (Tanah Melayu, Indonesia, Brunei atau Pattani) mereka membezakan keturunan Sayyidina Hussein r.a. dengan gelaran Syed, Sayyid atau Habib manakala keturunan Sayyidina Hassan r.a. digelar Syarif.

Di Malaysia kita biasa mendengar nama-nama yang bermula dengan Nik, Wan, Tuan, Abang (Sarawak), Meor yang juga dikaitkan dengan Ahlul Bait Rasulullah saw.Apakah amanah dan tugas yang dipegang dan perlu dijalankan oleh orang Sulu ini di Sulu. Bukankan tugas mereka mengembangkan Islam di Filipina. Apa yang telah mereka lakukan selama ini? Adakah mereka nak mengembangkan Islam di Sabah.

Atau dari sudut lainnya.

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bersambung kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.)telah sampai di Tanah Melayu (Kelantan) tahun 1349.Isteri pertama Saiyid Hussein Jamadil Kubra adalah Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Siti Wan Kembang), mendapat anak:
- Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo)
- Siti Aisyah.

Isteri kedua Saiyid Hussein Jamadil Kubra adalah Ramawati puteri kepada Raja Champa (Sultan Zainol Abidin) dengan Permaisuri Siti Zubaidah, mendapat anak:
- Ibrahim Asmaro.

Isteri ketiga Saiyid Hussein telah Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah beroleh seorang anak
- Ali Nurul Alam.
--Menjadi Patih Aria Gajah Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan.
--Menjadi Sultan Qunbul, Sultan di Patani Darussalam.

Isteri keempat Saiyid Hussein Jamadil Kubra adalah puteri Diraja Johor. Antara anaknya bersama isteri ini adalah:-Syarif Muhammad Kebungsuan. (anak bungsu). Syarif Muhammad telah dihantar ke Mindanao/Sulu (Filipina) yang seterusnya membangunkan Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina). Salah seorang dari abang
Syarif Muhammad menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.

Apakah amanah dan tugas yang dipegang dan perlu dijalankan oleh orang Sulu ini di Sulu. Bukankan tugas mereka mengembangkan Islam di Filipina. Apa yang telah mereka lakukan selama ini? Adakah mereka nak mengembangkan Islam di Sabah.

Cahaya Islam itu datang ke Sulu adalah atas usaha para Ahlul Bait. Mereka ditanamkan dengan semangat jihad yang tiada dalam agama asal. Para ulamak Ahlul Bait membawa kalimah tauhid ke hati-hati orang Tausug itu walaupun para ulamak itu telah pergi meninggalkan mereka namun semangat mempertahankan aqidah mereka tetap dipertahankan. Semangat mereka menakutkan bangsa-bangsa penjajah yang datang menjajah negara dan akidah mereka.

Sultan-sultan Sulu dan berusaha kekalkan semangat kepimpinan para makhdumin ini di Sulu hingga ke hari akhir-akhir ini. Mereka akhirnya dapat dilamahkan oleh egen-egen penjajah dengan mencetuskan perang moden ke atas bangsa Sulu. Mereka jadi pelarian dirantau sendiri. Mereka kehilangan arah mencari pemimpin yang sebenar. Peristiharan undang-undang tentera oleh Ferdinand Marcos berjaya 'meleperkan' Kesultanan Sulu yang  seolah-olahnya telah terhapus di Kepulauan Sulu.

Apakah amanah dan tugas yang dipegang dan perlu dijalankan oleh orang Sulu ini di Sulu. Bukankan tugas mereka mengembangkan Islam di Filipina. Apa yang telah mereka lakukan selama ini? Adakah mereka nak mengembangkan Islam di Sabah.

Siapakah yang hilang punca dalam cerita pandek ini?

Yang penting kita kita telah bantu setakat yang mampu. Setelah sampai hadnya, Kerajaan Malaysia terpaksa berusaha mempertahankan amanah yang diterima. Amanah yang diterima dari Allah SWT adalah untuk Kerajaan Malaysia menjaga kedaulatan Islam di Sabah.Perkara inilah yang tidak mampu dijalankan oleh Orang Sulu di akhir-akhir ini. Apabila keturunan Para ulamak Ahlul Bait mengamanahkan tugas berat kepada pemimpin Orang Sulu ini untuk terus mengembangkan Islam di Filipin, apakah yang mereka lakukan.

Mungkinkan cerita perang paderi tidak ada makna atau tidak dipelajari oleh mereka atau kita semua? Apakah kaitan ini dengan Perang Salib?

Akhir sekali berbalik kepada tajuk "Lahat Datu: Kesan dan cabaran terhadap ancaman keselamatan negara."
Apakah kesannya kepada Malaysia - lihat Perang Paderi.
Apakan cabarannya kepada Malaysia - lihat Perang Paderi.
Apakah ancamannya kepada Malaysia - lihat Indonesia selepas Perang Paderi.

Apakah Perang Paderi - lihat DISINI. harimau-nan-salapan-pemimpin-perang-paderi

Apakah amanah dan tugas yang dipegang oleh kita semua. Setelah mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah?
------------------------------
Tajuk yang mungkin anda minat:

1. Bagaimana kaitan penghapusan ISA dengan kesan dan cabaran terhadap ancaman keselamatan dan kedaulatan negara.
2. Kenapa negara-negara lain menghantar kelengkapan perang masing-masing berhampiran dengan Sulu dan Sabah.
3. Kenapa ianya seolah-seolah dirancang berlaku sekarang dalam keadaan Malaysia dan Filipina akan menghadapi pilihanraya.

No comments: